Sunday, December 11, 2016

PAMERAN SENJATA NUKLEAR: Segala Yang Anda Hargai-Dunia Bebas Daripada Senjata Nuklear.
TARIKH: 03 OKTOBER 3016 (AHAD)
TEMPAT: FOYER PERPUSTAKAAN SULTANAH BAHIYAH, UUM
SUBJEK:SGDN 1043 (J)
KUMPULAN:  1 
HADIR:
  1. NOR FATILA BINTI ROKI (227576)
  2. AISYAHTUL NABILA BT MOHAMED@YUSOF (227691)

TIDAK HADIR:
  1. MUHAMMAD NIZAR BIN WAHID (225551)
  2. AHMAD SHAHMIN BIN ZULKIFLI (226096)
  3. NIK AMIRAH BINTI NIK SOH (223793)




Disediakan untuk:

Disediakan oleh:



PENGANJUR
Pameran tersebut dijalankan dengan kerjasama Soka Gakkai Internasional (SGI) dan Kempen Antarabangsa untuk Memansuhkan Senjata Nuklear (ICAN). Pameran ini telah dilancarkan di Hiroshima pada bulan Ogos 2012 di Kongres Dunia ke-20 Pakar Perubatan Antarabangsa untuk Pencegahan Perang Nuklear (IPPNW).
         
SGM merupakan penganjur utama pameran tersebut. SGM adalah sebuah organisasi Buddha yang yang secara aktif menggalakkan keamanan, kebudayaan dan pendidikan melalui perubahan dan sumbangan sosial. Berakar umbi dalam falsafah hidup mengesahkan Nichiren kemanusiaan, kasih sayang dan hormat kepada kehidupan, aktiviti SGM dijalankan dengan pemahaman yang dikongsi bersama dalam hubungan yang tidak dapat dipisahkan yang wujud antara kebahagiaan individu dan keamanan dan pembangunan masyarakat. Melalui reformasi dalaman yang diarahkan, ahli-ahli SGM berharap untuk menyumbang kepada kemajuan komuniti mereka dan membina sebuah masyarakat di mana rakyat pelbagai budaya dan agama boleh hidup dengan aman.

OBJEKTIF PAMERAN
  1. Untuk memperluas sokongan terhadap penghapusan senjata nuklear dengan menyediakan peluang untuk belajar dan mendalami isu ini dari pelbagai sudut pandangan.
  2. Untuk menyediakan maklumat dan perspektif yang memperkasakan orang untuk mengambil tindakan demi masa hadapan yang diingini.
  3. Untuk membina momentum dalam kalangan rakyat ke arah pengharaman senjata nuklear melalui perjanjian yang melarang senjata nuklear.
Nuclear weapons are the greatest environmental danger to the planet from humans, not global warming or ozone depletion.
Alan Robock


PENGENALAN SENJATA NUKLEAR



Senjata nuklear atau bom atom merupakan sejenis senjata pemusnah yang terhasil dari tindakbalas berangkai nuklear. Senjata nuklear adalah hasil daripada “Manhattan Project”. Iaitu sebuah projek pembangunan untuk bom nuklear yang pertama. Projek yang diketuai oleh ahli fizik, profesor J. Robert Oppenheimer ini merupakan kerjasama Amerika Syarikat (A.S) dengan Canada dan United Kingdom. 
Terdapat dua jenis senjata bom nuklear iaitu “Nuclear Fission Bombs (Bom Atom)”. Dalam tindakbalas nuklear, setiap nukleus atom akan terbahagi kepada dua neutron. Jenis yang kedua pula ialah “Nuclear Fusion Bombs (Bom Hidrogen)”. Dalam tindakbalas nuklear, setiap dua atom kecil dan isotop hidrogen akan bergabung menjadi atom yang lebih besar.
Ujian bom atom yang pertama telah di lakukan pada 16hb Julai 1945 di Socorro, New Mexico, A.S. Bom yang dikenali sebagai “Trinity” menghasilkan kuasa letupan bersamaan 20 Kiloton TNT. Ujian bom ini menunjukkan bermulanya era atom/nuklear. Ujian Bom Hidrogen yang pertama telah di lakukan pada 1hb November 1952 di salah sebuah “Pulau Elugelab“, di Republic Marshall Island. Kod Ivy Mike” digunakan untuk operasi ini dan ujian ini telah menghasilkan tenaga letusan 10.4 Megaton TNT iaitu 750 kali ganda lebih kuat dari letusan Bom atom Hiroshima. Kuatnya letusan ini telah menyebabkan Pulau Elugelab hilang dari peta dunia!
Kejadian pada 6hb Ogos 1945 merupakan peristiwa kekal dalam ingatan warga dunia apabila Curtis LeMay, seorang Jeneral Tentera Udara Amerika Syarikat telah menetapkan tarikh tersebut untuk opearsi menjatuhkan Bom Atom di Hiroshima, Jepun. Letusan Bom Atom tersebut telah menyebabkan 140,000 nyawa terkorban.
Hiroshima, Jepun

FAEDAH-FAEDAH PAMERAN
Terdapat banyak faedah yang diperoleh melalui pameran tersebut. Antaranya ialah ia dapat memberi pendedahan yang lebih meluas kepada pelajar tentang bahayanya kuasa nuklear kepada manusia sejagat. Kempen tersebut juga dijalankan bagi memberi kesedaran dan menggalakkan pelajar untuk memberi sokongan terhadap pengharaman senjata nuklear. Setiap manusia mempunyai keinginan untuk melindungi insan dan harta yang disayangi daripada segala bahaya dan ancaman. Oleh itu, kita juga perlu mempunyai keinginan untuk melindungi alam daripada perbuatan manusia yang seterusnya boleh memusnahkan atau memberi kesan kepada insan dan harta yang dilindungi itu.
Selain itu, program ini juga dapat menanam sifat bencikan keganasan dalam kalangan pelajar. Keganasan yang berlaku di sesebuah negara akan memberi kesan kepada semua dan bukannya memberi kesan kepada sesetenganh individu sahaja.
A SAFER WORLD IS OUR RIGHT    A SAFER WORLD IS OUR RIGHT
A SAFER WORLD IS OUR RIGHT^_^
Dr.Sahidah bersama Pelajar Kumpulan J Sains Pemikiran & Etika
KESAN NEGATIF SENJATA NUKLEAR
Terdapat banyak kesan negatif daripada kuasa nuklear tersebut. Salah satu daripadanya ialah ianya telah memberi kesan yang buruk terutamanya kepada wanita dan ibu-ibu mengandung. Kebanyakan wanita mengalami barah reproduktif dan kelahiran yang tidak normal. Secara amnya, mereka melahirkan namun anak tersebut tidak dapat digambarkan seperti anak-anak yang lain kerana sifat fizikalnya yang digambarkan hanya seperti “sotong”, “epal”, dan “kura-kura”. Kebanyakan bayi yang lahir tidak mempunyai tulang dan kulit yang lut sinar. Kita boleh melihat otak mereka dan denyutan jantung mereka.Selain itu, ia boleh menyebabkan kerosakan pada radiasa badan, ancaman haba dan ancaman kemusnahan alam.  Ini menunjukkkan betapa bahaya kuasa nuklear bukan sahaja kepada manusia malahan boleh memusnahkan seluruh alam ini.
We have to face the fact that either all of us are going to die together or we are going to learn to live together, and if we are to live together we have to talk.
Eleanor Roosevelt
(1884-1962)
Former US First Lady




SUMBANGAN GOLONGAN WANITA TERHADAP ISU INI

KESIMPULAN
Secara kesimpulannya, semua pihak perlu berganding bahu bagi mengatasi, menghalang penggunaan senjata nuklear ini secara tidak terkawal kerana ia membawa lebih banyak kesan negatif kepada manusia, alam sekitar dan haiwan.
LAMPIRAN











      
“WHY I OPPOSE THE NUCLEAR- ARMS RACE: I PREFER THE HUMAN RACE”

EDWARD ABBEY